Saturday, May 28, 2011

Kem Tahunan Kokurikulum 2011

Dimal Chalet Gopeng, Perak







Unit Kokurikulum sentiasa merancang beberapa program untuk membina keyakinan dan kekuatan diri para pelajar SMK Seri Desa dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Sehubungan itu, Unit Kokurikulum pada dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Kokurikulum 2011 sebagai salah satu langkah untuk mencapai matlamat tersebut khususnya dalam bidang kokurikulum. Perkhemahan ini lebih dikhususkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 sahaja, memandangkan pelajar-pelajar tingkatan lain akan dilibatkan dalam program-program khusus yang lain seperti program KoAkademik dan Mendaki Gunung. Keputusan ini diambil bertujuan memberikan peluang seluas mungkin kepada pelajar SMK Seri Desa supaya dapat menyertai sekurang-kurangnya satu program perkhemahan di luar sekolah selama mereka berada di sekolah ini.

Program perkhemahan ini meliputi pelbagai aktiviti fizikal dan mental yang difikir dan diharap dapat meningkatkan pengetahuan, pengalaman, keyakinan dan persefahaman dalam kalangan pelajar di samping menekankan perkembangan potensi diri mereka dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

pesanan dari Tn. Pengetua
ni semua nak kena pikul ... bas tak leh masuk.
Sehubungan dengan itu pada pagi ini sekumpulan pelajar SEMENSA akan bertolak ke Dimal Chalet, Kampung Jahang, Gopeng Perak Darul Ridzuan. Kumpulan ini disertai oleh beberapa orang guru pengiring dan akan berkampong di sana bermula 28, 29 dan 30 Mei 2011. Admin mengucapkan selamat berkemping jaga diri jaga keselamatan.

Tentatif Program Kem Tahunan Kokurikulum 2011
sedutan tentatif program hari kedua : klik pada jadual untuk imej yang besar


Friday, May 27, 2011

Hari Guru Semensa 2011

 

27 Mei 2011 bersamaan hari jumaat Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan. Menurut perancangan awal sambutan bakal diadakan di Dataran Semensa tetapi memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan venue telah dialih ke Dewan Sanjung.
Guru di arak dengan paluan kompang

sebelum bermula acara

dari sudut kiri pentas

dewan Sanjung yang sempit dan crowded kesian  ... cikgu2 kita


back benches

Tepat jam 8.00 pagi semua guru yang diraikan berkumpul di kantin sekolah, perarakan guru dari kantin ke Dewan Sanjung  diiringi oleh paluan kompang dan didahului oleh Tuan Pengetua.
bacaan doa oleh Ust Ahmad Fikri  ...

Pembuka acara bacaan doa oleh ustaz Fikri  diikuti oleh nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah, akhirnya lagu guru Malaysia dikumandangkan menandakan sambutan rasmi hari guru peringkat sekolah.
ucapan wakil KPM

ucapan wakil  TMP 

ucapan wakil guru : Pn. Sunnah ... 

ucapan perasmian ole Tn. Pengetua

Acara diteruskan dengan bacaan perutusan KPM oleh En. Abdul Aziz Saleh, bacaan perutusan dari TMP yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mahd Daim Suhod. Pn Sunnah berucap mewakili guru. Seterusnya ucapan dari wakil pelajar oleh ketua pelajar. Kemuncak ucapan dari Tuan Pengetua seterusnya merasmikan sambutan hari guru 2011

kami Guru Malaysia ...

Tn. Pengetua bersama pentadbir  memotong kek
dan pulut kuning - terima kasih atas sumbangan
pemberian cenderahati dari pelajar

9.30 pagi bermula sesi sambutan yang kedua acara pentas dari wakil guru dan pelajar Semensa. Pembuka acara persembahan dari pelajar pendidikan khas
persembahan pelajar pendidikan khas


Persembahan istimewa dari En. Ismail Amad beserta pelajar Pra U Semensa - deklamasi sajak admin terlupa apa tajuknya.
En. Ismail bersama pelajar pra U

Acara pentas ditutup oleh persembahan dari kumpulan nasyid  Al Falah yang diketua oleh En. Faidzul Amin SiMirah
kumpulan nasyid Al Falah, Cikgu Faizul petang ni boleh balik
Trengganu

Banyak acara sukaneka yang terpaksa dibatalkan kerana faktor cuaca dan masa. 3 acara sempat dipertandingkan iaitu meniup  belon, masuk benang dalam jarum dan menganyam ketupat.

Acara hari guru berakhir pada pukul 11.30 pagi. Terima kasih pada semua yang telah menjayakan sambutan hari guru 2011 peringkat sekolah. Akhirnya admin ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua warga guru Semensa dan selamat bercuti.


Saturday, May 21, 2011

Ladap SEMENSA 2011

LADAP SEMENSA 2011
Sabtu 21 Mei 2001 berlangsung Kursus Ladap di makmal komputer SMK Seri Desa. Hujan rahmat turun sebelum kursus di mulakan. 
Pengerusi majlis pada kali ini Pn. Fatimah bt. Awang mengalu-alukan kedatangan guru ke ladap dan menyampaikan salam Tn. Pengetua yang tidak dapat bersama pada pagi ini kerana kematian saudaranya.

Slot pertama diampaikan oleh En. Mohd Saidi Latiff dengan tajuk Konsep PBS ( Penilaian Berasaskan Sekolah ) dalam tempuh satu jam setengah. PBS akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2014. banyak imput baru yang diterima ole peserta kursus.

Slot kedua diisi oleh GC (Sejarah)  Pn. Rosnah Mamat : Lesson Study yang diambil dari negara Jepun, menurut penceramah kaedah ini telah lama diaplikasikan di Jepun. Ahir sesi bengkel lesson study mengikut panatia mata pelajaran.


Monday, May 16, 2011

Khas Guru Semensa

Pesanan Seorang Guru 

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Rabbmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya. 

Saturday, May 7, 2011

Pertandingan Catur 2011

Pertandingan Catur MSSD 2011
Kontinjen SMK Seri Desa seramai 17 orang pelajar (16 pemain + 1 simpanan) telah berjuang  untuk mengharumkan nama sekolah. Walaupun tidak berjaya meraih gelaran johan Johan  namun pencapaian mereka amat membanggakan. Pertandingan telah berlangsung pada tarikh dan tempat yang berikut :
SMK Saujana Utama
Tarikh 12-14 April 2011
8:00 Pagi – 5:00 Ptg

keputusan penuh pertandingan mengikut kategori
klik pada jadual untuk imej yang lebih jelas

      Kategori individu 
     1.  Nurul Amiera Shahira Binti Ismail 5D Naib Johan P18
     2.  Ng Li Ching  4T  ke 5  P18
     3.  Wang Chai Nee 2D ke 5  P15 
Penyampaian Sijil dan pingat : Ng Li Ching 4T

Azriq bekas pemain 2009 merangkap assistant Cikgu Hairil
bersama Ustaz Noh

Tee Siau Qian 2T dan Wang Chai Nee 2D berlatih 
sebelum perlawanan
Meraikan kejayaan dengan jamuan KFC selepas
tamat kejohanan
Nurul Amiera Shahira 5D  N. Johan kita (tengah) tak sempat nak pose  
  Diyana Bt Ismail 5T ( Kiri ) dan Norshahira Bt. Ahmad Termizi 5T
Keputusan Keseluruhan Pertandingan Catur MSSD 2011
Johan keseluruhan :  SM Sains
N. Johan Keseluruhan : SMK Saujana Utama
Tempat  Ketiga Keseluruhan : SMK Seri Desa

Tahniah dan teruskan usaha : Admin Semensa