Saturday, May 28, 2011

Kem Tahunan Kokurikulum 2011

Dimal Chalet Gopeng, Perak







Unit Kokurikulum sentiasa merancang beberapa program untuk membina keyakinan dan kekuatan diri para pelajar SMK Seri Desa dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Sehubungan itu, Unit Kokurikulum pada dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Kokurikulum 2011 sebagai salah satu langkah untuk mencapai matlamat tersebut khususnya dalam bidang kokurikulum. Perkhemahan ini lebih dikhususkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 sahaja, memandangkan pelajar-pelajar tingkatan lain akan dilibatkan dalam program-program khusus yang lain seperti program KoAkademik dan Mendaki Gunung. Keputusan ini diambil bertujuan memberikan peluang seluas mungkin kepada pelajar SMK Seri Desa supaya dapat menyertai sekurang-kurangnya satu program perkhemahan di luar sekolah selama mereka berada di sekolah ini.

Program perkhemahan ini meliputi pelbagai aktiviti fizikal dan mental yang difikir dan diharap dapat meningkatkan pengetahuan, pengalaman, keyakinan dan persefahaman dalam kalangan pelajar di samping menekankan perkembangan potensi diri mereka dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

pesanan dari Tn. Pengetua
ni semua nak kena pikul ... bas tak leh masuk.
Sehubungan dengan itu pada pagi ini sekumpulan pelajar SEMENSA akan bertolak ke Dimal Chalet, Kampung Jahang, Gopeng Perak Darul Ridzuan. Kumpulan ini disertai oleh beberapa orang guru pengiring dan akan berkampong di sana bermula 28, 29 dan 30 Mei 2011. Admin mengucapkan selamat berkemping jaga diri jaga keselamatan.

Tentatif Program Kem Tahunan Kokurikulum 2011
sedutan tentatif program hari kedua : klik pada jadual untuk imej yang besar


No comments:

Post a Comment