Saturday, March 24, 2012

wajah-wajah pelajar cemerlang

pagi khamis aku telah minta pelajar yang cemerlang untuk datang ke sekolah... untuk ku rakam kan gambar mereka utk sekian kali nya....

terima kasih... atas kerjasama kalian semua.... walaupun tak semua dapat menghadirkan diri....

chia xin xin, lim sin ting, chea sok min dan tee chai ti








Wednesday, March 21, 2012

keputusan SPM 2011

Keputusan SPM 2011 telah dibawa oleh pengetua dalam kul 10 lebih... sempat arr guru2 mengintai keputusan anak didik masing-masing ....  keputusan sekolah turun lagi.... coz keputusan bahasa melayu jatuh.... pelajar terbaik chia xin xin mendapat 10A 2B...


 pengetua ku yang cool dan sentiasa senyum...



masing-masing dok sibuk mencerai-ceraikan slip pelajar...


pengetua dok mencatat nama-nama pelajar terbaik...

setelah diceraikan mengikut kelas... ia diserahkan  kepada guru kelas tahun lepas....

penyerahan keputusan dibuat dalam dewan sanjung.... dalam kul 11 lebih ia telah diserahkan kepada pelajar yang sedari kul 8 dah berkumpul nak mengambil keputusan masing-masing...






chia xin xin pelajar yang mendapat keputusan 10A menunjukkan keputusan nya kepada hajjah missinon dan puan wong...


Tahniah buat pelajar-pelajar SEMENSA yang berjaya.... moga kan terus cemerlang.....

Wednesday, March 7, 2012

Tahniah buat calon STPM 2011

Keputusan STPM telah diumumkan pagi tadi.... kul 10 lebih para pelajar boleh mengambil keputusan masing-masing....

Tahniah buat pelajar form 6 semensa yang berjaya mendapat keputusan terbaik.... dan tahniah kepada pelajar yang mendapat straight A... Heng Lee Hua....





pelajar terbaik heng lee hua bersama dengan puan nurusaba hanan
Semensa telah menduduki rank kedua daerah kuala selangor.... rank pertama Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz....

moga pelajar yang telah berjaya kan mendapat tempat di IPTA utk menyambung lagi pelajaran masing-masing.....

Monday, March 5, 2012

Tahniah

2 orang warga SEMENSA yang telah melangsungkan perkahwinan mereka...

Tahniah diucapkan... moga ikatan pernikahan itu kan kekal sepanjang hayat...

pada 26 Februari Shamila telah pun melangsungkan perkahwinan nya ngan pasangan nya... shamila bertugas di pendidikan khas....

dan pada 3 Mac Nor Suhada guru sesi petang... pula telah melangsungkan perkahwinan nya.... walaupun 3/3 jatuh sebagai hari persekolahan... so warga SEMENSA dapat turut meraikan majlis dengan meriahnya....