<< Selamat kembali bertugas >> << Selamat kembali ke sekolah >>

Sunday, February 20, 2011

Mesyuarat Agung PiBG ke 35

Mesyuarat Agung PiBG kali ke 35
Petang sabtu bersamaan 19 Februari 2011 telah berlangsung mesyuarat Agung PiBG buat kali yang ke 35. Ibu bapa / penjaga pelajar telah mula mengunjungi kaunter pendaftaran  sejak jam 2,30 petang. Sambutan dari penjaga alhamdulillah. 

Acara petang itu dimulakan dengan mesyuarat agung bermula sekitar jam 3.15 petang, iaitu sementara menunggu perasmi tiba. Mengikut jadual awal YB. Dato Seri  Dr. Hj. Noh bin Omar yang akan datang dan merasmikan mesyuarat kali ini, tetapi atas sebab-sebab tertentu YB tidak dapat hadir dan hanya menghantar wakilnya.
Setelah waklil YB merasmikan mesyuarat beliau dibawa meninjau keadaan kelas dan bilik guru praU Semensa. Adalah difahamkan kelas praU memerlukan peralatan Multimedia dalam usaha untuk memberi pengalaman pembelajaran yang sebenar sebelum mereka melangkah masuk ke menara gading. Begitu juga keadaan siling bilik guru PraU yang rosak dan atap yang bocor diharap dapat perhatian dari YB Dr. Hj. Noh.
Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.30 petang setelah cabutan nombor bertuah diadakan. Pihak Pengetua dan ahli jawatan kuasa PiBG Semensa merakamkan ucapan terima kasih diatas kehadiran  ibu bapa dan penjaga pada petang tersebut.

Cikgu Munira balik ke Seri Desa?

Betul ke nak balik semula
Selepas tamat mesyuarat agong PiBG Semensa pada petang itu admin mengemaskan apa yang perlu di dewan Sanjung. Bila keluar dari dewan terpandanglah "Cik Moon" panggilan admin pada cikgu Munira sejak ia memulakan khidmat di Semensa. Dalam hati tentu ada sebab-sebab kedatangan beliau ke Semensa. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula sekolah yang pertama.... betul tak Moon? 

 Cik Moon bertemu  kak Non
Dari perbualan ringkas dapatlah admin tahu cikgu munira bertugas di salah sebuah sekolah di Jelebu, Negeri (10 - 1). Tekaan admin memang tepat kedatangan beliau bukan setakat ingin bertemu kawan lama di Semensa tetapi membawa hajat besar, nak tau ...... tungguuuu, tarikhnya 12 Mac 2011. Sebelum beredar sempat admin merakam foto beliau bersama Pn. Hajah Missinon Ahmad Damanhuri.

Saturday, February 19, 2011

Maulidur Rasul Semensa 2011

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
SEMENSA 19 Februari 2011 bersamaan dengan 16 Rabiul Awal 1432 telah diadakan program sambutan "Maulidur Rasul" peringkat sekolah. Semua pelajar sesi pagi dan petang datang dengan memakai pakaian kebangsaan. Majlis sambutan diadakan di dataran SEMENSA. 
Kumpulan Guru mengepalai perarakan

Majlis sambutan dimulakan dengan perarakan dengan disulami dengan bacaan selawat keatas Nabi. Barisan guru mengepalai majlis tersebut, mengelilingi kawasan sekolah yang disertai oleh pelajar 
Di dataran SEMENSA menanti ketibaan kumpulan perarakan  dikumandangkan bacaan Selawat oleh En. Faizul Simerah. Setelah semua kumpulan tiba semula di dataran SEMENSA majlis diambil alih oleh ustaz Noh bin Bro. 
cayalah ... cikgu-cikgu kali ni di depan


berselawat mengelilingi kawasan sekolah


Ya Nabi Salam Alaika ...

istimewa kali ini seorang peserta You Wei Kiat ..

Seterusnya Tuan Pengetua Pn. Hajah Asmah Kasdi berkenan merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul. peringkat sekolah. Dalam ucapan ringkas antara lain beliau menyebut sebagai menunjukkan rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad saw - perbanyakkanlah membaca selawat keatas Baginda Nabi saw. dan jika ada kesempatan dan peluang  ziarahilah makam Baginda Nabi di Madinatul Munawarah.
bacaan doa oleh ketua pelajar

ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua ..

Sebagai mengantikan waktu rehat pelajar, semua peserta perarakan telah dibekalkan dengan roti serta minuman. Sebagai menghargai pernyertaan pelajar, guru-guru dan pelajar pra-u telah mengagihan makanan kepada semua peserta perarakan.
roti.. roti .. special beli satu dapat satu. guru mengedar makanan
kejap aje dah abis

ceramah di Surau Al Falah

sedia untuk ceramah Maulidur Rasul

Sambutan diakhiri dengan ceramah yang bertajuk " Nabi Sebagai Teladan Ummah" yang di sampaikan oleh Ust Mohamed Liza Zainal Abidin (guru pelatih UPSI) di Surau Al-Falah. Ceramah berakhir pada jam 11.30 pagi.
Foto yang tidak diterbitkan disini boleh dilihat pada slide show ini bertujuan mengurangkan beban blog ini. tk.

Monday, February 14, 2011

Kem Kepimpinan

Kem Kepimpinan
Subhanallah indahnya ...
Badan Pengawas SEMENSA telah mengadakan  Kem Kepimpinan  pada 12 hingga 14 Februari 2011 bertempat di Teratak Riverview, Tanjong Malim, Perak Darul Ridhuan. Kursus ini disertai oleh pengawas sesi pagi dan petang dan juga pengawas dari Pendidikan Khas. Memandangkan kos yang terhad hanya pengawas yang terpilih sahaja yang menyertai kem kepimpinan pada  kali ini
sesiapun teringin mencecahkan kaki
Kursus kali ini diiringi oleh 15 orang guru sesi pagi 5 orang guru sesi petang dengan bantuan 8 orang guru pelatih UPSI.  Peserta kem kepimpinan mula berkumpul di sekolah seawal pukul 9.00 sabtu 12 Februari 2011.  Sekitar jam 10.00 pagi mereka bertolak ke tapak perkhemahan.
view dari sebelah ngeri Perak
Pengalaman pertama  yang mencabar setiap peserta rasai ialah apabila menaiki kenderaan pacuan 4 roda 
al maklumlah bas tidak boleh masuk ke kawasan perkhemahan, disebabkan jalan yang sempit. Semua peserta selamat sampai di tapak perkhemahan sekitar pukul 12.00 tengahari.
Untuk pengetahuan pengunjung lokasi perkhemahan yang dipilih  memang  best, nyaman sejuk, persekitaran semula jadi yang bersih dan tenang.  Aliran sungai Bernam yang bersih dan fresh memang memukau ... Subhanallah.  
memang gayat 10 pengguna setiap masa..
Teratak Riverview terletak diantara 2 negeri iaitu negeri Selangor dan negeri Perak, masuk ke dalam lebih kurang 4.5 km dari jalan utama.Tapak perkhemahan ini telah dibuka hampir 8 tahun yang lalu. Menurut pemilik Teratak Riverview tanaman utama kawasan ini adalah getah dan dusun durian(telah mula diteroka sejak tahun 1920 an) . Admin kurang bernasib baik kerana buah durian belum masak. Terdapat beberapa kemudahan asas di Teratak Riverview seperti chalet, dewan kuliah, asrama, jambatan gantung, trek untuk acara berhalangan.  Atas faktor inilah Teratak Riverview menjadi pilihan badan kerajaan, pusat pengajian tingggi, sekolah,  syarikat swasta orang perseorangan memilih tempat ini sebagai destinasi utama.
sentiasa dingin walau pun cuaca  panas
Sempena cuti hujung minggu ramai juga guru-guru SEMENSA yang datang kesana untuk menjengok peserta kem sambil melihat sendiri, merasai kedinginan air sungai Bernam yang belum tercemar. Antara guru-guru bukan pengiring yang melawat ke sana ialan En. Ahmad Saari (Pen. Kanan) Pn. Salina (Penyelia Petang) cik Aida Maheran, En. Sahar, En. Faizul, En. Zaki dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan satu persatu
Foto kem kepimpinan yang seterunya akan menyusul kemudian : admin semensa.
pegi jangan tak pegi, tengok sendiri.

Sunday, February 13, 2011

Jenis-jenis Selawat

Jenis-jenis Selawat
Tinggal beberapa hari lagi Maulidurrasul akan menjelang ini ole-ole dari admin semensa, semoga sambutan kali ini akan lebih bermakna.



Sempena sambutan Maulidurasul 1432H marilah sama-sama kita perbanyakkan membaca selawat keatas Nabi sallallahu alaihi wasallam. Dalam slaid diatas terdapat 4 jenis selawat beserta terjemahan. Semoga bermanfaat kepada pengunjung.

Friday, February 11, 2011

pemenang rentas desa


Seorang lagi ..

Seorang lagi berpindah
Pn. Noor Aini Bt. Ghazali lulusan Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-KanakUPSI.  Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik di SMK Seri Desa pada bulan November 2008. Di SMK Seri Desa beliau ditugaskan mendidik pelajar pendidikan khas, disini juga beliau bertemu jodoh dengan En. Wan Samiyun. Tahun 2011 satu lagi episod baru di mana atas keperluan perkhidmatan beliau telah dipindahkan ke SMK Raja Muda Musa, Berjuntai Bestari.




tanda ingatan dari KKGK disampaikan oleh Tn. Pengetua
Pihak Pengetua, warga SEMENSA, KKGK juga warga PPIK ingin merakamkan ucapan terima kasih atas perkhidmtan dan sumbangan bakti beliau di sini.
Pada warga PPIK SEMENSA tentu akan merasakan kehilangan beliau. kami disini sentiasa mendoakan semoga beliau dapat menjalankan tugas yang lebih baik di sekolah baru.

Pemilihan KKGK

Mesyuarat Agong KKGK Semensa
Dewan Sanjung Semensa khamis bersamaan 10 Februari 2011, telah berlangsung mesyuarat agong KKGK (Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan ). Kabinet KKGK kali ini diterajuai oleh orang lama En. Mohd Saidi bin Latif bersama-sama muka-muka baru yang masih bertenaga.
sebahagian perwakilan KKGK ....
Kami warga KKGK mendoakan agar kabinet yang baru terus dapat menyumbangkan tenaga dan idea baru untuk kebajikan KKGK. Tahniah sekali lagi diucapkan.

laporan kewangan dan pembubaran kabinet KKGK  2011


Wednesday, February 9, 2011

Selamat datang

Kumpulan Guru Pelatih UPSI
Pengetua dan warga SEMENSA mengalu-alukan kedatangan kepada kumpulan guru pelatih UPSI untuk menjalani latihan mengajar di SMK Seri Desa  selama 14 minggu (bermula 7hb Feb 2011). Seramai 8 orang guru pelatih telah ditempatkan di sekolah ini, sebahagian ditempatkan disesi pagi dan selebihnya di sesi petang.
Harapan kami semoga guru pelatih dari UPSI kali ini dapat meraih pengalaman dan mencurahkan bakti selama berada di SMK Seri Desa.

dari kiri : En. Mohd Azad, En. Ismail, En. Mohd Liza
dari kiri : En. Anas, En. Taufik, En. Shamsul

Berikut nama guru pelatih UPSI 2011
  1. En. Anas Khusairi bin Saharudin : Pend.Khas asal Kuantan, Pahang
  2. En. Shamsulhafizi bin Ahmad : Pend. Khas asal Tenang, Labis Johor
  3. En. Ahmad Taufik bin Abu Zain : Kem. Hidup, asal Tenang, Labis Johor
  4. En. Ismail bin Muhammad : Kem. Hidup, asal Betong, Sarawak
  5. En. Mohd Liza bin Zainal Abidin: Pend. Islam, asal Kuantan, Pahang
  6. Cik. Keristy bt. Nurasek : Ekonomi, asal Keningau, Sabah
  7. Cik. Siti Sahawani bt. Saufi : Geografi, asal Bachok, Kelantan
  8. Cik. Norhasliza bt. Awang : Geografi, asal Pasir Mas, Kelantan

Tuesday, February 8, 2011

Borang Kejohanan Olahraga MSSD KS

Borang Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Selangor 2011
Salam kepada semua Setiausaha Sukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Kuala Selangor, untuk makluman semua borang-borang kejohanan MSSD 2011 boleh dimuat turun (download) melalui pautan pada side bar blog ini, atau melalui pautan ini (Maklumat Kejohanan Olahraga) dan (Borang Penyertaan). Tuan dan puan sila muat turun semua borang dari kedua-dua folder tersebut.

Jika terdapat sebarang masalah untuk muat turun borang MSSD sila hubungi talian berikut
     Setiausaha  : 013 2066606 ( En. Zaki Kahar )
                    : 012 2443682 ( En. Sidek b. Kasman )
    Penyelaras  :  019 2615591 ( En. Lim Teng Hoi )
   atau hubungi admin semensa : 019 3016379

Sekian, Terima kasih : admin semensa