Tuesday, February 21, 2012

Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah

Sepatutnya majlis berjalan pada hari isnin 20/ 2/12 tetapi disebabkan oleh hujan yang lebat... majlis telah ditunda ke pagi selasa....








Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para pengawas ke dataran kejat... setelah itu nyanyian lagu negaraku,lagu negeri selangor dan lagu skolah.... bacaan doa oleh muhammad naim... dan ucapan perasmian oleh tuan pengetua....











setelah itu watikah disampaikan oleh tuan pengetua.... kepada semua pengawas yang hadir di kem kepimpinan yang berjalan pada jumaat dan sabtu yg lepas....

ikrar dibaca oleh semua pengawas diketuai oleh ketua pengawas...setelah itu selesai arr majlis penyerahan watikah...

Tuesday, February 14, 2012

Mesyuarat Agong PIBG

Mesyuarat Agung PIBG  Semensa telah diadakan pada hari sabtu bersamaan 11 Februari 2012.  Pada  sebelah pagi nya sambutan Maulidur Rasul... diadakan sebagai ganti persekolahan cuti tahun Baru Cina.
Mesyuarat Agung  bermula pada 2.30 petang. Ibubapa mula mendaftar diri seawal pukul satu tengahhari
Mesyuarat Agung kali ini telah di rasmikan oleh YB Dato Seri Noh bin Hj. Omar.
Alhamdulillah sambutan dari ibu bapa dan penjaga tidak mengecewakan....
Hadiah untuk cabutan bertuah disumbangkan oleh guru-guru Semensa. Hadiah utama untuk cabutan bertuah adalah mesin basuh dan kipas berdiri.

Hadiah utama cabutan bertuah  .....

tahniah kepada ibu bapa /penjaga yg berjaya mendapat cabutan bertuah kali nie... tahun hadapan datang lagi....

setelah tamat cabutan bertuah ibu bapa dan penjaga bergerak balik....

Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Alhamdulillah... sambutan nya telah berlangsung pada 11 Februari... sabtu... dimana sekolah ganti bagi mengganti Tahun Baru Cina.....

Upacara sambutan dimulakan dengan membaca Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w. yang telah disampaikan oleh Muhammad Naim pelajar tingkatan 5 Harmoni.



pelajar berhimpun di dataran Semensa




PK Pentadbiran dan PK Kokurikum sibuk menilai kain rentang yg telah dibuat oleh pelajar
Pastu perarakkan mengelilingi kawasan sekolah berserta selawat telah dijalankan....



Pertandingan membuat kain rentang dimana 3 buah kelas digabungkan  untuk membuat kain rentang.... pertandingan perbarisan dan pertandingan keseragaman pakaian dan perbarisan.... telah diadakan hadiah berbentuk hamper telah disediakan....

hamper-hamper yg disediakan mengikut kategori masing.

Selesai perarakkan dan bacaan Selawat... pelajar diarahkan masuk ke dalam surau untuk mendengar ceramah....





Pada pukul 10 pagi  jamuan aqiqah untuk semua gurudan  pelajar muslim... seekor lembu yg telah disumbangkan oleh cikgu Aswati bt Surep dan pihak kantin telah menyediakan nasi putih, sayur campur dan daging masak kicap... alhamdulillah....

guru2 sibuk membungkus makanan utk para pelajar...




pelajar2 sibuk mengambil makanan masing2
Sementara itu pelajar non muslim telah disediakan aktiviti khas buat mereka semua.... ceramah dari pihak St John dan pertandingan kaligrafi cina..... dan makan juga disediakan utk mereka semua....