Saturday, July 9, 2011

Hari terakhir seorang pendidik 2

Hari terakhir seorang pendidik 2




Terbang bebas si rama-rama,
Indah panorama menghias alam;
Di kala ini wajahmu purnama,
Esok lusa tampak berbalam.

Indah panorama menghias alam,
Tampak dari Tanjung Agas;
Esok lusa tampak berbalam,
Rinduan kami tetap berbekas.

Tampak dari Tanjung Agas,
Menggamit rindu datang ke mari;
Rinduan kami tetap berbekas,
Kenangan bersama memahat memori.

Menggamit rindu datang ke mari,
Teman sepermainan di tengah laman;
Kenangan bersama memahat memori,
Tautan kasih sepanjang zaman.
  
Teman sepermainan di tengah laman,
Pakat bersama menunggang kuda;
Tautan kasih sepanjang zaman,
Sisihkan sengketa kiranya ada.

Pakat bersama menunggang kuda,
Biarpun seketika masa cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah kehendakNya jua.

Hari terakhir seorang pendidik

Hari terakhir ... seorang pendidik (majlis persaraan Tn. Hj. Dasuki)



Angka 58 menjelang tiba,
Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad tak terasa lama.

Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.

Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Hati di dalam Allah jua yang tahu.

Hidup ibarat putaran roda,
Putaran berlegar mengikut masa,
Hari ini hari kekanda ,
Lain ketika kami pula.

Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati tercarik dek tingkah dan laku,
Tutur bicara dari adinda mu.

Monday, July 4, 2011

Saturday, July 2, 2011

Kejohanan Road Relay

Kejohnan Road Relay & Olahraga Padang

Semensa : Sabtu 2 Julai 2011 : jam 7.00 pagi : Tempat : Dataran Semensa dan Stadium Semensa. Sempena pelancaran "Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan".

Acara dimulakan seawal jam 7 pagi pelajar sesi petang dan pagi datang serentak dengan berpakaian sukan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon kepada Yang Maha Berkuasa semoga program yang di atur selamat dan berjalan lancar. Seterusnya pelajar guru dan warga semensa mengikuti Majlis Pelancaran Larian 1Malaysia yang disiarkan secara langsung dari RTM.
senam robik ... pemanas badan
Sebelum acara bermula sebagai pemanas badan "warm up" telah diadakan senam robik dibawah kelolaan guru pelatih UPSI.  Tepat jam 8.00 semua pelajar, guru dan warga Semensa memulakan Larian 1 Malaysia. Semua peserta membuat larian sejauh 1.5 Km.

posisi pelepas ... acara larian 1Malaysia
masing-masing bersemangat 46 ....
cayalah cikgi2 ... walaupun over 40 ...
cameraman ... ready .... pegawai pun ready..
Semua peserta  menamatkan larian di Stadium Semensa. Alhamdulillah acara larian berjalan lancar dan selamat sampai ke garisan penamat.

seperti biasa ... Tn. Pengetua antara yang awal2 sampai

Selesai Acara Larian 1Malaysia maka bermulalah aktiviti Kejohanan Road Relay antara rumah sukan, guru dan kaki tangan Semensa. Acara kemuncak Kejohanan Road Relay adalahKategori guru sidang pagi dan petang. Unit Sukan SMK Seri Desa telah mendapat tajaan merupakan Proton Persona sebagai hadiah utama.

Hadiah utama ... Road Relay kategori guru .... Proton Persona 1.6L