<< Selamat kembali bertugas >> << Selamat kembali ke sekolah >>

Saturday, January 22, 2011

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa 2011
Kejohanan Merentas Desa SEMENSA telah di adakan pada hari sabtu bersamaan 22 Januari 2011 (sekolah ganti sempena  perayaan Tahun Baru Cina).  Seawal pagi semua pelajar sesi pagi dan petang juga pegawai kejohanan telah bersiap sedia untuk memastikan kejohanan kali ini berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah cuaca pada pagi ini redup hingga berakhirnya kejohanan.

dari kiri : En. khalid, En. Zaki, En. Ismail, Tuan Pengetua dan En. Sidek

Tiga kategori peringkat umur telah dipertandingkan melibatkan pelajar dari Peralihan, Pendidikan Khas  hingga ke Tingkatan Enam. Sambutan dari para pelajar amat menggalakan. Unit sukan SEMENSA amat beruntung dan berterima kasih kepada AJK Pertandingan, Pegawai Kejohanan, Staff sokongan, Polis Bantuan,  QM, St. John Ambulan diatas komitmen  di dalam menjayakan acara ini.

8.00 pagi: 
ya kami dengar kami ikut ... pesanan cikgu

Tentatif Program Merentas Desa SEMENSA 2011
08.00 pagi : peserta merentas desa berkumpul di dataran SEMENSA
08.15 pagi : mengambil kedatangan dan kad koko pelajar oleh guru tingkatan
08.30 pagi : taklimat kejohanan kepada peserta  oleh SU Sukan
08.40 pagi : taklimat  untuk  pegawai  kejohanan
08.55 pagi : pegawai kejohanan mengambil tempat di lokasi (Check point dan stesyen)
09.15 pagi : peserta mula dilepaskan mengikut kategori / peringkat umur
10.15 pagi : peserta terakhir tiba di garisan penamat
10.35 pagi : Acara penyampaian hadiah
             : Ucapan Tuan Pengetua
             : Taklimat disiplin
11.30 pagi : Pelajar bersurai

time kasih .... dapat elaun petrol : Tn. Hj. Daim


pindaan pegawai kejohanan saat akhir

pegawai kejohanan jangan lupa sarapan dulu



kategori : pendidikan khas 

pemenang kategori L 20 tahun





Tahniah : guru  serta ahli rumah


Pungutan Mata Rumah  mengikut Kategori
Kategori
MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU
L 20th
80
78
74
87
P 20th
62
133
74
50
L 16th
34
94
107
84
P 16th
91
46
84
98
L 14th
58
119
98
44
P 14th
76
66
117
60
Jumlah
401
536
554
423
dipetik dari unit statistik


Rakaman foto kejohanan :  En. Muhammad  Sulaiman Ismail 

Monday, January 10, 2011

Borang untuk muat turun

Panduan  men"download"  borang Ladap dan Jadual waktu
Alhamdulillah admin telah dapat meng"upload" Borang Ladap dan template Jadual waktu SEMENSA untuk tahun 2011 yang terdapat di side bar seperti dalam rajah di bawah.
Cara untuk muat turun borang tersebut  sila arahkan kursur ke pada side bar sama ada untuk Borang Ladap atau  Jadual Waktu  atau  klik pada pautan berikut  Rekod sah, Sinopsis buku, (fail dalam format publisher) Jadual Waktu T3-T6, atau Jadual Waktu Petang, (dalam format xls)
Sebaik saja anda klik  nama fail akan ditunjukkan pada skrin ke imej hosting "MediaFire" nama fail yang bakal di muat turun ditunjujkan . Sebagai contoh jika anda klik pada pautan Jadual Waktu T3 - T6, sebuah tetingkap jadual semensa 3-6.xls  akan muncul. klik "Click here to start download"


Klik pada "click here to ..." Paparan berikut akan muncul. Your downloading is starting, tunggu hingga selesai muat turun.

Secara default  fail akan disimpan ke dalam folder download


Setelah siap dimuat turun anda boleh isikan atau membuat perubahan yang sesuai dengan cita rasa sendiri.
Semoga borang-borang ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.


Wednesday, January 5, 2011

Pembuka aktiviti koko 2011

Latihan Merentas
Latihan merentas desa yang pertama telah dijalankan pada hari rabu 5hb januari 2000, jam 3 petang. Sebelum acara larian satu taklimat telah disampaikan oleh En. Amir bin Rashid  dan diikuti oleh penerangan ringkas oleh Setiausaha Koko En. Rahmat bin Mardi. Kedatangan pelajar direkodkan oleh guru tingkatan masing-masing
Sebagai permulaan latihan merentas desa untuk semua peringkat umur melalui trek yang sama. Guru bertugas di check point yang telah ditetapkan dan yang lainnya membuat rondaan untuk memastikan keselamatan pelajar. Aktiviti berjalan lancar, walaupun sedikit lambat sampai ke tempat penamat ini kerana ramai pelajar yang berjalan  dan tidak berlari anak. Latihan berakhir sekitar jam 5.00 petang.
   

mengumpulkan kad koko sebelum larian : foto Cik Aidah Maheran

regangan ... elak cram




stok air minum 2 cukup .... 


Tuesday, January 4, 2011

Bye2 SEMENSA

Kami kehilangan mu

Sesi persekolahan 2011 telah bermula namun tidak lagi nampak kelibat Cik Munira bt. Imara Diva. Untuk pengetahuan warga SEMENSA cikgu Munira telah pun berpindah ke negeri asal kelahirannya Negeri Sembilan Darul Khusus. Kami disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan bakti selama cikgu mencurahkan khidmat di SMK Seri Desa, kami mendoakan semuga cikgu akan terus berbahagia walaupun telah berada di sekolah yang baru.
Akhirnya, kalau cikgu  makan nasi minyak jangan lupakan kami di SEMENSA ... insyaallah kalau dijemput kami buat rombongan ke sana.

Monday, January 3, 2011

Sesi 2011

Sesi 2010 SEMENSA bermula


Orkid kembang mekar
3hb Januari 2011 bersamaan 28 Muharram 1432, sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan mingguan di Dataran SEMENSA. Pagi yang ceria disambut dengan kuntuman bunga orkid yang berkembang menambah seri landskap Seri Desa.

serentak berbunga menyerikan lagi Seri Desa
bila agaknya SEMENSA dapat dewan : foto cikgu Aidah Maheran

Agenda Perhimpunan
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu SEMENSA
  • Bacaan Doa dan ikrar pelajar
  • Taklimat disiplin : En. Ismail Ahmad - fail disiplin pelajar, kedatangan ke sekolah dan kekemasan diri
  • Ucapan PK Hem : Tn. Hj. Ishak Saring
  • Ucapan Tuan Pengetua : Pn. Hjh Asmah Kasdi - bertemu kembali di sesi persekolahan 2011 - landskap yang menarik tanaman orkid - mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang PMR 2010 - mengalu-alukan kedatangan guru yang berpindah ke SMK Seri Desa.

Rahsia Cemerlang PMR 2010

Tahniah Pelajar Cemerlang SEMENSA PMR 2010
Pengetua dan warga pendidik SEMENSA ingin merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon PMR 2010 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada guru SEMENSA khususnya  guru-guru tingkatan tiga yang telah dapat meningkatkan (5%) peratus kelulusan  di dalam  PMR 2010.
Berikut adalah hasil temubual antara admin bersama pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010. Semuga dengan sedikit paparan latar belakang dan persedian mereka menjelang PMR boleh digunakan sebagai panduan dan rujukan oleh pelajar tingkatan tiga tahun ini (sesi 2011).
Paksi kejayaan pelajar cemerlang ini berpunca dari disiplin diri  yang tinggi, jika ditanyakan kepada guru-guru yang mengajar mereka - sudah tentu jawapannya "tiada masalah disiplin, mereka ok semuanya".

Pelajar Cemerlang 8A
Fazley bin Sanusi : Tingkatan 3 Tekun : semua A
Satu-satunya jejaka melayu yang memperoleh 8A, antara lain formula kejayaan beliau ialah :
  • memberi tumpuan sepenuhnya  di dalam kelas semasa pengajaran
  • sentiasa menjaga adab belajar
  • sentiasa menghormati dan  menolong guru
  • kerja sekolah disiapkan terus dalam kelas
  • di rumah waktu malam belajar sekurang-kurangnya 2jam sebelum tidur
  • bangun pukul 4.00 pagi untuk belajar dan ulangkaji hingga waktu subuh
  • sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan
  • tidak meninggalkan  solat 5 waktu,  solat hajat selepas magrib, selalu membaca Al-Quran dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Pesanan  pada pelajar tingkatan 3 tahun ini : Belajar rajin-rajin - solat jangan ditinggal - jaga hubungan baik sesama insan - dengar kata orang tua, patuh pada ajaran guru - buat ulangkaji - teruskan usaha dan tidak mudah putus asa.

Lee Yi Qin : Tingkatan 3 Tekun : semua A
Mari kita berkongsi rahsia kejayaanya
  • membuat ulankaji mengikut jadual yang telah disediakan
  • menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas
  • terus bertanya kepada guru apabila menghadapi masalah dalam pelajaran
  • menghadiri kelas tiusyen
  • tidur awal supaya lebih bersemangat pada keesokkan harinya
  • mengamalkan pemakanan yang sihat
Pesanan kepada calon PMR 2011 : belajar bersungguh-sungguh - sentiasa berbuat baik pada orang lain dan rajin membuat latihan.

Ng Li Ching : Tingkatan 3 Tekun : Semua A
Beliau agak pemalu, tapi setelah dipujuk oleh admin barulah beliau sudi memberikan sedikit resepi kejayaannya
  • sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • belajar secara kumpulan
Pesanan kepada calon PMR 2011 : amalkan gaya hidup yang sihat kerana otak yang cerdas ada dalam badan yang sihat.

Ng Pei Er : Tingkatan 3 Tekun : semua A
Tubuhnya kecil sering tersenyum, di dalam kelas admin beliau tak banyak cakap. Ini antara lain persedian beliau di di dalam menghadapi peperiksaan PMR
  • tumpukan perhatian semasa di dalam kelas
  • terus bertanya kepada guru jika terdapat masalah
  • menghadiri kelas tambahan yang dikelolakan oleh pihak sekolah
  • membuat ulangkaji
  • menghadiri kelas tiusyen
Pesanan kepada calon PMR : belajar-bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan mencipta rekod  juga mengharumkan nama SEMENSA.

 7A Tan Wei Hong & Siti Madihah. 6A Tee Xing  Yi 
Tan Wei Hong : Tingkatan 3 Tekun
Orangnya kecil, bersungguh-sungguh : bahasa Cina B, lain-lain A. Sering mendapat dorongan dan bantuan ibu jika bermasalah dalam pelajaran. Untung Wei Hong dapat ibu yang macam itu. Inilah yang beliau lakukan dalam membuat pesediaan PMR 2010
  • sentiasa memberi perhatian semasa pembelajaran di kelas
  • menghadiri kelas tiusyen untuk subjek yang lemah dan penting seperti B. Melayu, Matematik dan Sains
  • sering membuat ulangkaji jika ada masa yang terluang
Siti Madihah bt. Situah : Tingkatan 3 Dedikasi
Admin tak mengenali Siti Madihah sebab tak mengajarnya. Keluarganya baru kenal ada warung roti canai di Sg. Sireh. Memang bertuah anak Situah ni - tak pelah usaha lagi untuk subjek Bahasa Inggeris- skit lagi dapat A. Persedian yang telah Siti Madihah lakukan sebelum peperiksaan PMR
  • sentiasa berbuat baik baik kepada ibubapa dan guru-guru
  • menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
  • mengelakkan mengambil makanan yang melemahkan daya ingatan - contoh organ dalaman haiwan
  • lebih memberi tumpuan kepada subjek-subjek yang lemah (kurang dikuasai)
  • membuat ulangkaji di sekolah dan di rumah
  • memperbanyakkan usaha serta doa
Pesanan untuk calon PMR 2011 : "Setiap kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu" - usah mudah putus asa & sentiasalah berusaha.

Tee Xing Yi : 3 Dedikasi
Beliau kurang bernasib baik Sejarah B. Tidak banyak yang beliau katakan, nampaknya Xing Yi suka berahsia. Apapun ini yang disampaikan kepada admin
  • memberikan lebih tumpuan di dalam kelas dalam subjek-subjek yang lemah
  • membahagikan masa dengan seimbang agar tidak memberi tekanan yang besar pada diri sendiri
  • minima membaca dan mengulangkaji 2 jam sehari
  • bertanya abang pada tajuk-tajuk yang tidak difahami
Pesanan Tee Xing Yi : "Don't give 2 much stress 2 yourself. All just try your best"

7A, 1B: Tee Cin Yee:  6A: You Yi Keong & Tan Yi Ling 
You Yi Keong : Tingkatan 3 Tekun
Yi Keong tubuhnya  kecil macam pelajar form 1, tak banyak cakap. Antara rahsianya ialah
  • menumpukan perhatian di dalam kelas
  • membaca minima 1 jam sehari
  • bertanya pada guru atau abang jika menghadapi masalah

Tan Yi Ling : Tingkatan 3 Dedikasi
Wajahnya mirip pelakun Korea, sering tersenyum. Rahsia kejayaannya seperti yang diceritakan pada admin
  • mengulangkaji pelajaran bermula bulan Mac
  • memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar
  • mengahdiri kelas tambahan
  • belajar secara berkumpulan
  • masa lapang belajar sendiri
  • bertanya pada kakak bila berdepan dengan masalah pembelajaran
Pesanan buat calon PMR : tumpukan perhatian dalam pelajaran - bersungguh-sungguh agar dapat keputusan yang cemerlang

Tee Cin Yee : Tingkatan 3 Tekun
Orangnya XXL, sering tersenyum, suka berahsia. Tidak banyak yang dikatakan. Antara lain ini kunci kejayaan Cin Yee.
  • menumpukan perhatian semasa pembelajaran
  • memlakukan ulangkaji di pusat sumber sekolah (perpustakaan)
  • belajar sendiri
Pesan kepada calon PMR "Buatlah persediaan dari awal"

Akhirnya admin ingin merakamkan ucapan  terima kasih kepada semua pelajar cemerlang PMR 2010 diatas kerjasama yang telah diberikan dalam sesi temubual bersama admin. Sebagai kesimpulan faktor utama kejayaan adalah tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa pembelajaran di dalam kelas.