Saturday, January 22, 2011

Kejohanan Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa 2011
Kejohanan Merentas Desa SEMENSA telah di adakan pada hari sabtu bersamaan 22 Januari 2011 (sekolah ganti sempena  perayaan Tahun Baru Cina).  Seawal pagi semua pelajar sesi pagi dan petang juga pegawai kejohanan telah bersiap sedia untuk memastikan kejohanan kali ini berjalan dengan lancar.  Alhamdulillah cuaca pada pagi ini redup hingga berakhirnya kejohanan.

dari kiri : En. khalid, En. Zaki, En. Ismail, Tuan Pengetua dan En. Sidek

Tiga kategori peringkat umur telah dipertandingkan melibatkan pelajar dari Peralihan, Pendidikan Khas  hingga ke Tingkatan Enam. Sambutan dari para pelajar amat menggalakan. Unit sukan SEMENSA amat beruntung dan berterima kasih kepada AJK Pertandingan, Pegawai Kejohanan, Staff sokongan, Polis Bantuan,  QM, St. John Ambulan diatas komitmen  di dalam menjayakan acara ini.

8.00 pagi: 
ya kami dengar kami ikut ... pesanan cikgu

Tentatif Program Merentas Desa SEMENSA 2011
08.00 pagi : peserta merentas desa berkumpul di dataran SEMENSA
08.15 pagi : mengambil kedatangan dan kad koko pelajar oleh guru tingkatan
08.30 pagi : taklimat kejohanan kepada peserta  oleh SU Sukan
08.40 pagi : taklimat  untuk  pegawai  kejohanan
08.55 pagi : pegawai kejohanan mengambil tempat di lokasi (Check point dan stesyen)
09.15 pagi : peserta mula dilepaskan mengikut kategori / peringkat umur
10.15 pagi : peserta terakhir tiba di garisan penamat
10.35 pagi : Acara penyampaian hadiah
             : Ucapan Tuan Pengetua
             : Taklimat disiplin
11.30 pagi : Pelajar bersurai

time kasih .... dapat elaun petrol : Tn. Hj. Daim


pindaan pegawai kejohanan saat akhir

pegawai kejohanan jangan lupa sarapan dulu



kategori : pendidikan khas 

pemenang kategori L 20 tahun





Tahniah : guru  serta ahli rumah


Pungutan Mata Rumah  mengikut Kategori
Kategori
MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU
L 20th
80
78
74
87
P 20th
62
133
74
50
L 16th
34
94
107
84
P 16th
91
46
84
98
L 14th
58
119
98
44
P 14th
76
66
117
60
Jumlah
401
536
554
423
dipetik dari unit statistik


Rakaman foto kejohanan :  En. Muhammad  Sulaiman Ismail 

1 comment: