<< Selamat kembali bertugas >> << Selamat kembali ke sekolah >>

Sunday, February 12, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Alhamdulillah... sambutan nya telah berlangsung pada 11 Februari... sabtu... dimana sekolah ganti bagi mengganti Tahun Baru Cina.....

Upacara sambutan dimulakan dengan membaca Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w. yang telah disampaikan oleh Muhammad Naim pelajar tingkatan 5 Harmoni.



pelajar berhimpun di dataran Semensa




PK Pentadbiran dan PK Kokurikum sibuk menilai kain rentang yg telah dibuat oleh pelajar
Pastu perarakkan mengelilingi kawasan sekolah berserta selawat telah dijalankan....



Pertandingan membuat kain rentang dimana 3 buah kelas digabungkan  untuk membuat kain rentang.... pertandingan perbarisan dan pertandingan keseragaman pakaian dan perbarisan.... telah diadakan hadiah berbentuk hamper telah disediakan....

hamper-hamper yg disediakan mengikut kategori masing.

Selesai perarakkan dan bacaan Selawat... pelajar diarahkan masuk ke dalam surau untuk mendengar ceramah....



Pada pukul 10 pagi  jamuan aqiqah untuk semua gurudan  pelajar muslim... seekor lembu yg telah disumbangkan oleh cikgu Aswati bt Surep dan pihak kantin telah menyediakan nasi putih, sayur campur dan daging masak kicap... alhamdulillah....

guru2 sibuk membungkus makanan utk para pelajar...

 


pelajar2 sibuk mengambil makanan masing2
Sementara itu pelajar non muslim telah disediakan aktiviti khas buat mereka semua.... ceramah dari pihak St John dan pertandingan kaligrafi cina..... dan makan juga disediakan utk mereka semua....

2 comments:

  1. Terima kasih dan tahniah kerana dengan begitu cepat Tuan dapat mengupdate blog....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete