<< Selamat kembali bertugas >> << Selamat kembali ke sekolah >>

Wednesday, February 19, 2014

Kejohanan Ten Pin Bowling MSSD 2014

Bowling MSSD 2014


Pada setiap tahun, Majlis Sukan  Sekolah-sekolah Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Kejohanan Bowling Tenpin Daerah Kuala Selangor. Sehubungan dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa telah dipilih untuk menjadi pengerusi pengelola kejohanan pada tahun ini. Sekolah-sekolah di daerah kuala Selangor telah menghantar wakil yang melibatkan ketegori Lelaki dan perempuan bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan bawah 15 tahun dan kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun.         

Kejohahan bowling berlangsung  dari 10-13 Februari 2014 dipusat bowling Mega Lane, One Plaza Kuala Selangor.

Kontigen SMK Seri Desa 2014
Pegawai kejohanan  Tenpin Bowling
Urusetia Kejohanan


Tuan Pengetua penyampaikan hadiah kepada para pemenang

Mega Lane One Plaza Kuala Selangor



Nantikan berita seterusnya ..... 


Wednesday, February 12, 2014

Persatuan Bekas Pelajar

Penubuhan Persatuan Bekas Pelajar

Kepada semua bekas-bekas pelajar SMJK(I) Tanjong Karang dan pelajar-pelajar lepasan SMK Seri Desa sehingga SPM 2005 anda diundang untuk Majlis Penubuhan Alumni SMK Seri Desa (untuk pendaftaran).

Sehubungan dengan itu bekas pelajar lepasan SMJK(I) dan SMK Seri Desa dipersilakan hadir beramai-ramai pada masa dan tempat seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Feb 2014
Masa   : 2.30 petang
Tempat : Kantin SMK Seri Desa

Jawatan kuasa penaja mengharapkan bekas-bekas pelajar dapat meluangkan masa pada hari tersebut untuk bersilatur-rahim dan bertemu untuk tujuan yang lebih utama menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar dengan cara yang lebih terorganisai guna menyumbang sesuatu kepada ahli pada kemajuam SMK Seri Desa.