Saturday, June 26, 2010

Pertandingan Kawad Kaki SEMENSA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI Sabtu 26 June 2010
Pertandingan Kawad Kaki Unit berunifom SMK Seri Desa telah diadakan anjuran Unit Kokurikulum SEMENSA.
Pertandingan bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 bertempat didataran SEMENSA.  Enam pertubuhan unit berunifom telah berentap untuk merebut gelaran Juara Kawad kaki SEMENSA 2010.

Latar Belakang Pertandingan
Pertandingan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SEMENSA. Merupakan acara rasmi tahunan dalam aktiviti kokurikulum sekolah, daerah dan seterusnya keperingkat negeri.
Matlamat
Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang patuh dan berdisiplin dalam menjalankan aktiviti kokurikulum
Objektif
Memberi peluang kepada semua ahli unit berunifom untuk memperlihatkan kemahiran kawad statik, dinamik dan formasi
Menambah dan memperkemas aktiviti kokurikulum dalam kalangan ahli unit berunifom
Mempereratkan hubungan  dalam kalangan peserta, pegawai dan ahli jawatan kuasa.
           Juara Kawad Kaki 2010 PKBM
Pertandingan kawad kaki telah di rasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Desa Pn. Hjh Asmah bt. Kasdi. Setelah berentap selama dua jam, Pasukan PKBM telah muncul sebagai juara kawad kaki 2010, Naib johan St. John dan tempat ketiga KRS. Ketua platun terbaik  dimenangi oleh Ketua Platun KRS.
Majlis penutup pertandingan kawad kaki juga telah disempurnakan  oleh Tuan Pengetua SMK Seri Desa. Dalam ucapan penutup Tuan Pengetua berpesan agar terus berjuang untuk kegemilangan Seri Desa.
Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian Admin.


No comments:

Post a Comment