Monday, May 16, 2011

Khas Guru Semensa

Pesanan Seorang Guru 

Sesiapa yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah.

Wahai saudaraku,

Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Rabbmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhaan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya. 

Saturday, May 7, 2011

Pertandingan Catur 2011

Pertandingan Catur MSSD 2011
Kontinjen SMK Seri Desa seramai 17 orang pelajar (16 pemain + 1 simpanan) telah berjuang  untuk mengharumkan nama sekolah. Walaupun tidak berjaya meraih gelaran johan Johan  namun pencapaian mereka amat membanggakan. Pertandingan telah berlangsung pada tarikh dan tempat yang berikut :
SMK Saujana Utama
Tarikh 12-14 April 2011
8:00 Pagi – 5:00 Ptg

keputusan penuh pertandingan mengikut kategori
klik pada jadual untuk imej yang lebih jelas

      Kategori individu 
     1.  Nurul Amiera Shahira Binti Ismail 5D Naib Johan P18
     2.  Ng Li Ching  4T  ke 5  P18
     3.  Wang Chai Nee 2D ke 5  P15 
Penyampaian Sijil dan pingat : Ng Li Ching 4T

Azriq bekas pemain 2009 merangkap assistant Cikgu Hairil
bersama Ustaz Noh

Tee Siau Qian 2T dan Wang Chai Nee 2D berlatih 
sebelum perlawanan
Meraikan kejayaan dengan jamuan KFC selepas
tamat kejohanan
Nurul Amiera Shahira 5D  N. Johan kita (tengah) tak sempat nak pose  
  Diyana Bt Ismail 5T ( Kiri ) dan Norshahira Bt. Ahmad Termizi 5T
Keputusan Keseluruhan Pertandingan Catur MSSD 2011
Johan keseluruhan :  SM Sains
N. Johan Keseluruhan : SMK Saujana Utama
Tempat  Ketiga Keseluruhan : SMK Seri Desa

Tahniah dan teruskan usaha : Admin Semensa


Friday, April 22, 2011

Pertandingan "Solar Cooking"

Pertandingan Solar Cooking
Panatia Sains SMK Seri Desa telah menghantar 3 orang pelajar dari tingkatan 3 Tekun ke Pertandingan "Solar Cooking" Peringkat Daerah Kuala Selangor yang telah diadakan di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya. pada 21 April 2011.
Peserta pertandingan mula mendaftar pukul 8.00 pagi dan taklimat pertandingan.

projek sedang diuji tahap kepanasan 

peserta dalam proses menyediakan gadget

final touch - meletakkan plastik lutsinar sebagai
kesan rumah hijau "green house effect"


sedang menyiapkan kotak solat sebelum dicantumkan
dengan panel perangkap cahaya solar

Peserta diuntukkan masa selama 3 jam (9.00 - 12.00) - membina gadget untuk memasak air dengan menggunakan tenaga solar. Projek yang dipertandingkan dinilai pada jam 12.00 tengahari.
Pertandingan Solar Cooking kali ini disertai oleh 14 buah sekolah dari daerah Kuala Selangor. Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah yang terdiri dari ( Mohd Fadzli Harun b. Abd Latif, Nurul Syafika bt. Adzhar dan Nor Azidatul Azura bt. Rasdan) kerana telah memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut, tahniah juga kepada guru pengiring En. Khalid bin Bajuri yang tidak putus-putus membaca doa sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Keputusan penuh Pertandingan Solar Cooking Daerah Kuala Selangor 2011 - Johan SMK Sultan Sulaiman Shah, naib johan SMK Raja Muda Musa.dan ketiga SMK Seri Desa.



Thursday, March 10, 2011

Penyerahan Watikah Pengawas Semensa 2011

Sekitar Penyerahan Watikah

Penyerahan Watikah Pengawas Semensa 2011

Kabinet Pengawas 2011


Ajk Pengawas Sekolah Tahun 2011




Watikah Pengawas 2011

Majlis Penyerahan Watikah Pengawas, PSS dan PRS 2011
Bismillah, Alhamdulillah, Sallallahu Alaihis Salam. Hari ini 10/3/200 telah diadakan Majlis Penyerahan Watikah untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Majlis 3 dalam 1 yang berlangsung di dataran SEMENSA telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua - Pn. Hjh. Asmah bt. Kasdi dengan disaksikan oleh guru-guru dan pelajar Semensa.




Dengan penyerahan watikah ini bermakna kabinet baru 2011 akan diberi amanah untuk meneraju dan membantu sekolah di dalam menangani masalah disiplin pelajar. Syabas diucapkan kepada pelajar yang telah dilantik untuk sesi 2011.

Pengawas Putera 2011

Pengawas Puteri Semensa

Pengawas Pusat Sumber (PSS)

Pn. Hjh. Rosmah paling happy ari ni

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Aturcara :
  • 7.30 : Ucapan Pengerusi dan Bacaan Doa
  • 7.35 : Ucapan Tuan Pengetua
  • 7.40 : Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan PRS
  • 7.55 : Lafaz ikrar - Ketua Pelajar
  • 8.10 : Majlis bersurai
Kabinet 2011 bersama Pn. Hjh. Rosmah Madong


KABINET PENGAWAS SEMENSA Sesi 2011
Ketua Pelajar : Muhammad Ridhwan Samsudin (6AE) |
Tim. Ketua Pelajar : Aini Farhana Mohd Pauji (6AE) |
Setiausaha : Mira Adila Sabri (6AP)
Bendahari : You Wei Kiat (6AE) | Tim. Bendahari : Chia Xin Xin
Ajk Siaraya : Mohammad Zulhelmi Mohd Khapif (5T)
Ajk Perhimpunan Rasmi : Noor Shahmin Mashor (5D)
Tahniah !!! dan selamat bertugas untuk sesi 2011 - admin semensa.