Pertandingan Solar Cooking
Panatia Sains SMK Seri Desa telah menghantar 3 orang pelajar dari tingkatan 3 Tekun ke Pertandingan "Solar Cooking" Peringkat Daerah Kuala Selangor yang telah diadakan di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya. pada 21 April 2011.
Peserta pertandingan mula mendaftar pukul 8.00 pagi dan taklimat pertandingan.
projek sedang diuji tahap kepanasan |
peserta dalam proses menyediakan gadget |
final touch - meletakkan plastik lutsinar sebagai kesan rumah hijau "green house effect" |
sedang menyiapkan kotak solat sebelum dicantumkan dengan panel perangkap cahaya solar |
Peserta diuntukkan masa selama 3 jam (9.00 - 12.00) - membina gadget untuk memasak air dengan menggunakan tenaga solar. Projek yang dipertandingkan dinilai pada jam 12.00 tengahari.
Pertandingan Solar Cooking kali ini disertai oleh 14 buah sekolah dari daerah Kuala Selangor. Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah yang terdiri dari ( Mohd Fadzli Harun b. Abd Latif, Nurul Syafika bt. Adzhar dan Nor Azidatul Azura bt. Rasdan) kerana telah memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut, tahniah juga kepada guru pengiring En. Khalid bin Bajuri yang tidak putus-putus membaca doa sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Keputusan penuh Pertandingan Solar Cooking Daerah Kuala Selangor 2011 - Johan SMK Sultan Sulaiman Shah, naib johan SMK Raja Muda Musa.dan ketiga SMK Seri Desa.
Keputusan penuh Pertandingan Solar Cooking Daerah Kuala Selangor 2011 - Johan SMK Sultan Sulaiman Shah, naib johan SMK Raja Muda Musa.dan ketiga SMK Seri Desa.
No comments:
Post a Comment