Saturday, June 26, 2010

Pertandingan Kawad Kaki SEMENSA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI Sabtu 26 June 2010
Pertandingan Kawad Kaki Unit berunifom SMK Seri Desa telah diadakan anjuran Unit Kokurikulum SEMENSA.
Pertandingan bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 bertempat didataran SEMENSA.  Enam pertubuhan unit berunifom telah berentap untuk merebut gelaran Juara Kawad kaki SEMENSA 2010.

Latar Belakang Pertandingan
Pertandingan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SEMENSA. Merupakan acara rasmi tahunan dalam aktiviti kokurikulum sekolah, daerah dan seterusnya keperingkat negeri.
Matlamat
Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang patuh dan berdisiplin dalam menjalankan aktiviti kokurikulum
Objektif
Memberi peluang kepada semua ahli unit berunifom untuk memperlihatkan kemahiran kawad statik, dinamik dan formasi
Menambah dan memperkemas aktiviti kokurikulum dalam kalangan ahli unit berunifom
Mempereratkan hubungan  dalam kalangan peserta, pegawai dan ahli jawatan kuasa.
           Juara Kawad Kaki 2010 PKBM
Pertandingan kawad kaki telah di rasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Seri Desa Pn. Hjh Asmah bt. Kasdi. Setelah berentap selama dua jam, Pasukan PKBM telah muncul sebagai juara kawad kaki 2010, Naib johan St. John dan tempat ketiga KRS. Ketua platun terbaik  dimenangi oleh Ketua Platun KRS.
Majlis penutup pertandingan kawad kaki juga telah disempurnakan  oleh Tuan Pengetua SMK Seri Desa. Dalam ucapan penutup Tuan Pengetua berpesan agar terus berjuang untuk kegemilangan Seri Desa.
Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian Admin.


Sunday, June 20, 2010

Nurani Semensa







Majalah Sekolah : NURANI SEMENSA
1.  Mula diterbitkan pada tahun 1985
2.  Merupakan penerbitan tahunan
3.  Sidang Redaksi Majalah Nurani SEMENSA terdiri daripada
    a.  Penaung  : Tuan Pengetua
    b.  Penyelaras  :  Seorang guru
    c.  Penasihat  : 6 orang guru
    d.  Ketua Editor  : Seorang pelajar
    e.  Sidang Editor  : 6 orang pelajar

4.  Kandungan
    a.  Kata Alu-aluan
        * Pengarah Pendidikan Negeri Selangor
        * Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor
        * Pengerusi PIBG SMK Seri Desa
        * Pengetua SMK Seri Desa
        * Ketua Editor
        * Ketua Pelajar
    b.  Akademik
        * Keputusan PMR dan SPM
        * Pelajar Cemerlang PMR dan SPM
    c.  Kokurikulum
        * Sukan
        * Persatuan
        * Kelab
        * Unit Berunifom
    d.  Nukilan
        * Bahasa Melayu
        * Bahasa Inggeris
        * Bahasa Cina
    e.  Peristiwa semasa
     f.  Gambar tingkatan peralihan hingga tingkatan 4
    g.  Gambar dan alamat pelajar tingkatan lima

Wednesday, June 16, 2010

Kronologi nama sekolah


Kronologi Nama Sekolah dan Nama Pengetua (1957-2010)
Tahun Nama Sekolah Tahun Nama Pengetua
1957 Rural Trade School 1957-1969 En. J.R Gooting
En. Siew Huat Yen
1963 Sekolah Lanjutan Kampung 1970-1972 En. Abu B. Awang
En. David Liew
1965 Sek. Menengah Jenis
Kebangsaan Inggeris
1977-1979 En. Wong Young Ha
1980 Sek. Menengah Kebangsaan
Tanjong Karang
1980-1981 En. Mohd Nor B. Taib
07-Okt-80 Sekolah Menengah
Seri Desa
1982-1983 En. Harun B. Hj. Said
1983-1986 Tn. Hj. Daud B. Daldiri
1986-1987 En. Samsuddin B. Mat Jaya
1987-1988 Pn. Zaharah Bt. Mahmod
1988-1990 En. Solehan B. Remot
1990-1993 Pn. Nik Mastura Bt. Nik Umar
1994-1995 En. Ayob B. Sumeri
1996-1997 Tn. Hj. Jemoner B. Kasan
1997 Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Desa
1997-1998 Pn. Hjh Maznah Bt. Harith
1998-1999 Mr. Koh Teng Gee
1999-2000 Mr. Ng Beer Seek
2001-2002 Pn. Norhayati Bt. Hj. Bakri
Pemangku Pengetua 2002-2003 Pn. Asmah Bt. Kasdi
2004 En. Mohd Yusof Mat Diah
2005 En. Suhaimi B. Yaidi
2006 - kini Pn. Hjh Asmah Bt. Kasdi
dipetik daripada dokumen : Profil Sekolah 1998

Dari lipatan sejarah

 tinggal kenangan ... dari Rural Trade School ke SJK  Inggeris 
 dan akhirnya ke  SMK Seri Desa 

Sejarah Sekolah SMK Seri Desa

1. Latar Belakang

Lembaran awal sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 1 September 1957, iaitu sebagai sebuah sekolah teknikal dan pertukangan asas dengan nama "RURAL TRADE SCHOOL", Tanjong Karang, Selangor. Pengambilan pelajar-pelajar awal pada ketika itu adalah berasal daripada penempatan pelajar-pelajar tahun tiga daripada "Junior Collage of Arts and Technics", Kuala Lumpur.

Sekolah ini dibuka secara rasmi ada 11 mei 1958 oleh Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sultan Sulaiman.

2. Sistem Persekolahan Peringkat Awal

Sistem kurikulum bagi peringkat awal sekolah adalah menumpukan pada kemahiran binaan bangunan dan pertukangan kayu

Disamping itu beberapa mata pelajaran tambahan jugadiperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pertanian dan Perdagangan. Kelas pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari kecuali pada hari jumaaat, kelas brakhir pada jam 11.00 pagi dan disambung semula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang

3. Pelajar

Kemasukan pelajar adalah daripada kaum Melayu, Cina dan India.Walau bagaimanapun kaum Melayu adalah golongaan yang terbanyak. Pelajar perlu menamatkan pengajian selama tiga tahun untuk menjadi pekerja mahir dalam bidang teknik dan pertukangan. Jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja pada waktu itu adalah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan  Parit dan Tali Air (JPT) dan Jabatan Telekom (JT)

4. Kemudahan Persekolahan

Sekolah Pertukangan Tanjong Karang mempunyai sebuah pejabat pentadbiran yang berbentuk selinder dengan satu blok kelas tutorial dan satu blok bengkel untuk kerja amali. Selain itu terdapat empat blok asrama yang mampu menampung sejumlah 120 orang pelajar. Seterunya terdapat sebuah bilik guru, perpustakaan, kantin, kuarters guru dan kuarters pekerja

Sayangnya bangunan bersejarah yang asal terpaksa dirobohkan akibat banjir besar yang melanda Tanjong Karang pada suatu ketika dahulu, yang tinggal kini cuma sekeping gambar yang dirakam sekitar tahun 1970-1972.  
Bangunan asal pejabat "Rural Trade School" Tanjong Karang 



 Bengkel Kemahiran Mekanik Mesen dan Bengkel Kemahiran Bangunan 
dan Pertukangan Kayu 

Dua keping gambar diatas adalah bentuk bangunan yang serupa  dan  masih lagi tegak berdiri di SMK Sg. Manggis

Terima kasih diatas kebenaran Tuan Pengetua Pn. Hjh Asmah bt Kasdi untuk menggunakan dokumen  Profail Sekolah sebagai bahan terbitan blok SMK Seri Desa, dan tak lupa kepada En. Salihin Yusoff yang telah menyampaikan dokumen tersebut kepada admin.

Saturday, June 5, 2010

Blog Semensa dilancarkan



Salam.... blog ini bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan smk seri desa ... meliputi guru, kakitangan, pibg dan pelajar semensa. ..... respon dari pembaca blog ini amat dialu-alukan .... sila kemukakan cadangan melalui email : semensa99@gmail.com ....admin .... terima kasih