Wednesday, June 16, 2010

Dari lipatan sejarah

 tinggal kenangan ... dari Rural Trade School ke SJK  Inggeris 
 dan akhirnya ke  SMK Seri Desa 

Sejarah Sekolah SMK Seri Desa

1. Latar Belakang

Lembaran awal sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 1 September 1957, iaitu sebagai sebuah sekolah teknikal dan pertukangan asas dengan nama "RURAL TRADE SCHOOL", Tanjong Karang, Selangor. Pengambilan pelajar-pelajar awal pada ketika itu adalah berasal daripada penempatan pelajar-pelajar tahun tiga daripada "Junior Collage of Arts and Technics", Kuala Lumpur.

Sekolah ini dibuka secara rasmi ada 11 mei 1958 oleh Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sultan Sulaiman.

2. Sistem Persekolahan Peringkat Awal

Sistem kurikulum bagi peringkat awal sekolah adalah menumpukan pada kemahiran binaan bangunan dan pertukangan kayu

Disamping itu beberapa mata pelajaran tambahan jugadiperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pertanian dan Perdagangan. Kelas pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari kecuali pada hari jumaaat, kelas brakhir pada jam 11.00 pagi dan disambung semula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang

3. Pelajar

Kemasukan pelajar adalah daripada kaum Melayu, Cina dan India.Walau bagaimanapun kaum Melayu adalah golongaan yang terbanyak. Pelajar perlu menamatkan pengajian selama tiga tahun untuk menjadi pekerja mahir dalam bidang teknik dan pertukangan. Jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja pada waktu itu adalah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan  Parit dan Tali Air (JPT) dan Jabatan Telekom (JT)

4. Kemudahan Persekolahan

Sekolah Pertukangan Tanjong Karang mempunyai sebuah pejabat pentadbiran yang berbentuk selinder dengan satu blok kelas tutorial dan satu blok bengkel untuk kerja amali. Selain itu terdapat empat blok asrama yang mampu menampung sejumlah 120 orang pelajar. Seterunya terdapat sebuah bilik guru, perpustakaan, kantin, kuarters guru dan kuarters pekerja

Sayangnya bangunan bersejarah yang asal terpaksa dirobohkan akibat banjir besar yang melanda Tanjong Karang pada suatu ketika dahulu, yang tinggal kini cuma sekeping gambar yang dirakam sekitar tahun 1970-1972.  
Bangunan asal pejabat "Rural Trade School" Tanjong Karang 



 Bengkel Kemahiran Mekanik Mesen dan Bengkel Kemahiran Bangunan 
dan Pertukangan Kayu 

Dua keping gambar diatas adalah bentuk bangunan yang serupa  dan  masih lagi tegak berdiri di SMK Sg. Manggis

Terima kasih diatas kebenaran Tuan Pengetua Pn. Hjh Asmah bt Kasdi untuk menggunakan dokumen  Profail Sekolah sebagai bahan terbitan blok SMK Seri Desa, dan tak lupa kepada En. Salihin Yusoff yang telah menyampaikan dokumen tersebut kepada admin.

No comments:

Post a Comment