Kejohnan Road Relay & Olahraga Padang
Semensa : Sabtu 2 Julai 2011 : jam 7.00 pagi : Tempat : Dataran Semensa dan Stadium Semensa. Sempena pelancaran "Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan".
Acara dimulakan seawal jam 7 pagi pelajar sesi petang dan pagi datang serentak dengan berpakaian sukan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa memohon kepada Yang Maha Berkuasa semoga program yang di atur selamat dan berjalan lancar. Seterusnya pelajar guru dan warga semensa mengikuti Majlis Pelancaran Larian 1Malaysia yang disiarkan secara langsung dari RTM.
|
senam robik ... pemanas badan |
Sebelum acara bermula sebagai pemanas badan "warm up" telah diadakan senam robik dibawah kelolaan guru pelatih UPSI. Tepat jam 8.00 semua pelajar, guru dan warga Semensa memulakan Larian 1 Malaysia. Semua peserta membuat larian sejauh 1.5 Km.
|
posisi pelepas ... acara larian 1Malaysia |
|
masing-masing bersemangat 46 .... |
|
cayalah cikgi2 ... walaupun over 40 ... |
|
cameraman ... ready .... pegawai pun ready.. |
Semua peserta menamatkan larian di Stadium Semensa. Alhamdulillah acara larian berjalan lancar dan selamat sampai ke garisan penamat.
|
seperti biasa ... Tn. Pengetua antara yang awal2 sampai |
Selesai Acara Larian 1Malaysia maka bermulalah aktiviti Kejohanan Road Relay antara rumah sukan, guru dan kaki tangan Semensa. Acara kemuncak Kejohanan Road Relay adalahKategori guru sidang pagi dan petang. Unit Sukan SMK Seri Desa telah mendapat tajaan merupakan Proton Persona sebagai hadiah utama.
|
Hadiah utama ... Road Relay kategori guru .... Proton Persona 1.6L |
No comments:
Post a Comment