Petang sabtu bersamaan 19 Februari 2011 telah berlangsung mesyuarat Agung PiBG buat kali yang ke 35. Ibu bapa / penjaga pelajar telah mula mengunjungi kaunter pendaftaran sejak jam 2,30 petang. Sambutan dari penjaga alhamdulillah.
Acara petang itu dimulakan dengan mesyuarat agung bermula sekitar jam 3.15 petang, iaitu sementara menunggu perasmi tiba. Mengikut jadual awal YB. Dato Seri Dr. Hj. Noh bin Omar yang akan datang dan merasmikan mesyuarat kali ini, tetapi atas sebab-sebab tertentu YB tidak dapat hadir dan hanya menghantar wakilnya.
Setelah waklil YB merasmikan mesyuarat beliau dibawa meninjau keadaan kelas dan bilik guru praU Semensa. Adalah difahamkan kelas praU memerlukan peralatan Multimedia dalam usaha untuk memberi pengalaman pembelajaran yang sebenar sebelum mereka melangkah masuk ke menara gading. Begitu juga keadaan siling bilik guru PraU yang rosak dan atap yang bocor diharap dapat perhatian dari YB Dr. Hj. Noh.
Mesyuarat berakhir sekitar jam 5.30 petang setelah cabutan nombor bertuah diadakan. Pihak Pengetua dan ahli jawatan kuasa PiBG Semensa merakamkan ucapan terima kasih diatas kehadiran ibu bapa dan penjaga pada petang tersebut.
No comments:
Post a Comment