Kem Kepimpinan
Subhanallah indahnya ... |
Badan Pengawas SEMENSA telah mengadakan Kem Kepimpinan pada 12 hingga 14 Februari 2011 bertempat di Teratak Riverview, Tanjong Malim, Perak Darul Ridhuan. Kursus ini disertai oleh pengawas sesi pagi dan petang dan juga pengawas dari Pendidikan Khas. Memandangkan kos yang terhad hanya pengawas yang terpilih sahaja yang menyertai kem kepimpinan pada kali ini
sesiapun teringin mencecahkan kaki |
Kursus kali ini diiringi oleh 15 orang guru sesi pagi 5 orang guru sesi petang dengan bantuan 8 orang guru pelatih UPSI. Peserta kem kepimpinan mula berkumpul di sekolah seawal pukul 9.00 sabtu 12 Februari 2011. Sekitar jam 10.00 pagi mereka bertolak ke tapak perkhemahan.
view dari sebelah ngeri Perak |
Pengalaman pertama yang mencabar setiap peserta rasai ialah apabila menaiki kenderaan pacuan 4 roda
al maklumlah bas tidak boleh masuk ke kawasan perkhemahan, disebabkan jalan yang sempit. Semua peserta selamat sampai di tapak perkhemahan sekitar pukul 12.00 tengahari.
Untuk pengetahuan pengunjung lokasi perkhemahan yang dipilih memang best, nyaman sejuk, persekitaran semula jadi yang bersih dan tenang. Aliran sungai Bernam yang bersih dan fresh memang memukau ... Subhanallah.
memang gayat 10 pengguna setiap masa.. |
Teratak Riverview terletak diantara 2 negeri iaitu negeri Selangor dan negeri Perak, masuk ke dalam lebih kurang 4.5 km dari jalan utama.Tapak perkhemahan ini telah dibuka hampir 8 tahun yang lalu. Menurut pemilik Teratak Riverview tanaman utama kawasan ini adalah getah dan dusun durian(telah mula diteroka sejak tahun 1920 an) . Admin kurang bernasib baik kerana buah durian belum masak. Terdapat beberapa kemudahan asas di Teratak Riverview seperti chalet, dewan kuliah, asrama, jambatan gantung, trek untuk acara berhalangan. Atas faktor inilah Teratak Riverview menjadi pilihan badan kerajaan, pusat pengajian tingggi, sekolah, syarikat swasta orang perseorangan memilih tempat ini sebagai destinasi utama.
sentiasa dingin walau pun cuaca panas |
Sempena cuti hujung minggu ramai juga guru-guru SEMENSA yang datang kesana untuk menjengok peserta kem sambil melihat sendiri, merasai kedinginan air sungai Bernam yang belum tercemar. Antara guru-guru bukan pengiring yang melawat ke sana ialan En. Ahmad Saari (Pen. Kanan) Pn. Salina (Penyelia Petang) cik Aida Maheran, En. Sahar, En. Faizul, En. Zaki dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan satu persatu
Foto kem kepimpinan yang seterunya akan menyusul kemudian : admin semensa.
pegi jangan tak pegi, tengok sendiri.
pegi jangan tak pegi, tengok sendiri.
No comments:
Post a Comment