Monday, January 3, 2011

Rahsia Cemerlang PMR 2010

Tahniah Pelajar Cemerlang SEMENSA PMR 2010
Pengetua dan warga pendidik SEMENSA ingin merakamkan ucapan tahniah kepada calon-calon PMR 2010 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada guru SEMENSA khususnya  guru-guru tingkatan tiga yang telah dapat meningkatkan (5%) peratus kelulusan  di dalam  PMR 2010.
Berikut adalah hasil temubual antara admin bersama pelajar yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2010. Semuga dengan sedikit paparan latar belakang dan persedian mereka menjelang PMR boleh digunakan sebagai panduan dan rujukan oleh pelajar tingkatan tiga tahun ini (sesi 2011).
Paksi kejayaan pelajar cemerlang ini berpunca dari disiplin diri  yang tinggi, jika ditanyakan kepada guru-guru yang mengajar mereka - sudah tentu jawapannya "tiada masalah disiplin, mereka ok semuanya".

Pelajar Cemerlang 8A
Fazley bin Sanusi : Tingkatan 3 Tekun : semua A
Satu-satunya jejaka melayu yang memperoleh 8A, antara lain formula kejayaan beliau ialah :
  • memberi tumpuan sepenuhnya  di dalam kelas semasa pengajaran
  • sentiasa menjaga adab belajar
  • sentiasa menghormati dan  menolong guru
  • kerja sekolah disiapkan terus dalam kelas
  • di rumah waktu malam belajar sekurang-kurangnya 2jam sebelum tidur
  • bangun pukul 4.00 pagi untuk belajar dan ulangkaji hingga waktu subuh
  • sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan
  • tidak meninggalkan  solat 5 waktu,  solat hajat selepas magrib, selalu membaca Al-Quran dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Pesanan  pada pelajar tingkatan 3 tahun ini : Belajar rajin-rajin - solat jangan ditinggal - jaga hubungan baik sesama insan - dengar kata orang tua, patuh pada ajaran guru - buat ulangkaji - teruskan usaha dan tidak mudah putus asa.

Lee Yi Qin : Tingkatan 3 Tekun : semua A
Mari kita berkongsi rahsia kejayaanya
  • membuat ulankaji mengikut jadual yang telah disediakan
  • menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas
  • terus bertanya kepada guru apabila menghadapi masalah dalam pelajaran
  • menghadiri kelas tiusyen
  • tidur awal supaya lebih bersemangat pada keesokkan harinya
  • mengamalkan pemakanan yang sihat
Pesanan kepada calon PMR 2011 : belajar bersungguh-sungguh - sentiasa berbuat baik pada orang lain dan rajin membuat latihan.

Ng Li Ching : Tingkatan 3 Tekun : Semua A
Beliau agak pemalu, tapi setelah dipujuk oleh admin barulah beliau sudi memberikan sedikit resepi kejayaannya
  • sentiasa mengulangkaji pelajaran
  • belajar secara kumpulan
Pesanan kepada calon PMR 2011 : amalkan gaya hidup yang sihat kerana otak yang cerdas ada dalam badan yang sihat.

Ng Pei Er : Tingkatan 3 Tekun : semua A
Tubuhnya kecil sering tersenyum, di dalam kelas admin beliau tak banyak cakap. Ini antara lain persedian beliau di di dalam menghadapi peperiksaan PMR
  • tumpukan perhatian semasa di dalam kelas
  • terus bertanya kepada guru jika terdapat masalah
  • menghadiri kelas tambahan yang dikelolakan oleh pihak sekolah
  • membuat ulangkaji
  • menghadiri kelas tiusyen
Pesanan kepada calon PMR : belajar-bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan mencipta rekod  juga mengharumkan nama SEMENSA.

 7A Tan Wei Hong & Siti Madihah. 6A Tee Xing  Yi 
Tan Wei Hong : Tingkatan 3 Tekun
Orangnya kecil, bersungguh-sungguh : bahasa Cina B, lain-lain A. Sering mendapat dorongan dan bantuan ibu jika bermasalah dalam pelajaran. Untung Wei Hong dapat ibu yang macam itu. Inilah yang beliau lakukan dalam membuat pesediaan PMR 2010
  • sentiasa memberi perhatian semasa pembelajaran di kelas
  • menghadiri kelas tiusyen untuk subjek yang lemah dan penting seperti B. Melayu, Matematik dan Sains
  • sering membuat ulangkaji jika ada masa yang terluang
Siti Madihah bt. Situah : Tingkatan 3 Dedikasi
Admin tak mengenali Siti Madihah sebab tak mengajarnya. Keluarganya baru kenal ada warung roti canai di Sg. Sireh. Memang bertuah anak Situah ni - tak pelah usaha lagi untuk subjek Bahasa Inggeris- skit lagi dapat A. Persedian yang telah Siti Madihah lakukan sebelum peperiksaan PMR
  • sentiasa berbuat baik baik kepada ibubapa dan guru-guru
  • menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
  • mengelakkan mengambil makanan yang melemahkan daya ingatan - contoh organ dalaman haiwan
  • lebih memberi tumpuan kepada subjek-subjek yang lemah (kurang dikuasai)
  • membuat ulangkaji di sekolah dan di rumah
  • memperbanyakkan usaha serta doa
Pesanan untuk calon PMR 2011 : "Setiap kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu" - usah mudah putus asa & sentiasalah berusaha.

Tee Xing Yi : 3 Dedikasi
Beliau kurang bernasib baik Sejarah B. Tidak banyak yang beliau katakan, nampaknya Xing Yi suka berahsia. Apapun ini yang disampaikan kepada admin
  • memberikan lebih tumpuan di dalam kelas dalam subjek-subjek yang lemah
  • membahagikan masa dengan seimbang agar tidak memberi tekanan yang besar pada diri sendiri
  • minima membaca dan mengulangkaji 2 jam sehari
  • bertanya abang pada tajuk-tajuk yang tidak difahami
Pesanan Tee Xing Yi : "Don't give 2 much stress 2 yourself. All just try your best"

7A, 1B: Tee Cin Yee:  6A: You Yi Keong & Tan Yi Ling 
You Yi Keong : Tingkatan 3 Tekun
Yi Keong tubuhnya  kecil macam pelajar form 1, tak banyak cakap. Antara rahsianya ialah
  • menumpukan perhatian di dalam kelas
  • membaca minima 1 jam sehari
  • bertanya pada guru atau abang jika menghadapi masalah

Tan Yi Ling : Tingkatan 3 Dedikasi
Wajahnya mirip pelakun Korea, sering tersenyum. Rahsia kejayaannya seperti yang diceritakan pada admin
  • mengulangkaji pelajaran bermula bulan Mac
  • memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar
  • mengahdiri kelas tambahan
  • belajar secara berkumpulan
  • masa lapang belajar sendiri
  • bertanya pada kakak bila berdepan dengan masalah pembelajaran
Pesanan buat calon PMR : tumpukan perhatian dalam pelajaran - bersungguh-sungguh agar dapat keputusan yang cemerlang

Tee Cin Yee : Tingkatan 3 Tekun
Orangnya XXL, sering tersenyum, suka berahsia. Tidak banyak yang dikatakan. Antara lain ini kunci kejayaan Cin Yee.
  • menumpukan perhatian semasa pembelajaran
  • memlakukan ulangkaji di pusat sumber sekolah (perpustakaan)
  • belajar sendiri
Pesan kepada calon PMR "Buatlah persediaan dari awal"

Akhirnya admin ingin merakamkan ucapan  terima kasih kepada semua pelajar cemerlang PMR 2010 diatas kerjasama yang telah diberikan dalam sesi temubual bersama admin. Sebagai kesimpulan faktor utama kejayaan adalah tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa pembelajaran di dalam kelas.




2 comments:

  1. tee cin yee tu dapat 7A1B... tan yi ling n tee xing yi tu kelas 3 dedikasi....

    tee xing yi xxl saiz nya... n dapat 6A harap admin perbetulkan... jgn marah admin...

    ReplyDelete