Tuesday, July 6, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEMENSA

Program Pendidikan Khas Integrasi (Pengenalan)

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Desa ditubuhkan pada tahun 2004.  Ia ditempatkan di sebuah bangunan  Kuartes Guru, bagi menampung keperluan murid-murid sekitar Tanjung Karang yang mengalami masalah pembelajaran.  Pada setiap tahun jumlah murid telah bertambah dari 5 orang murid pada tahun 2004 menjadi 36 orang murid pada tahun 2010.


Guru-guru PPKI SEMENSA 2010
Bertambahnya bilangan murid, maka pelbagai kecacatan yang diterima.  PPKI SMK Seri Desa mengendalikan program dan menerima murid-murid yang mengalami masalah seperti; down sindrom, autisme, hyper aktif, slow leaner dan cacat anggota.

Selaras dengan tuntutan semasa bilangan guru PPKI SMK Seri Desa juga turut bertambah, dari 2 orang guru pada 2004 kini mejadi 9 orang. Atas keperihatinan pihak jabatan program ini telah menerima 4 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang antara lain berfugsi sebagai pembantu guru untuk menguruskan murid-murid.

Dari masa ke semasa pihak PPKI SMK Seri Desa sentiasa mendapat sokongan dari pihak pentadbiran sekolah di dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

MOTO PPKI :  "KEMAHIRAN, KEAZAMAN, KEUPAYAAN"
VISI : Menjana Minda dan Potensi Individu Untuk Kecemerlangan Insan
MISI : Memberi segala kemahiran yang perlu dalam aktiviti Kurikulum dan Ko-kurikulum sebagai persediaan menghadapi kehidupan bermasyarakat 

Sekilas Info PPKI SEMENSA
Jumlah Guru : 9 (3L + 6P)
Jumlah PPM : 4 (4P)
Jumlah Murid : 36 (19L + 17P)

Bilangan Kelas :
Bestari :  6 (4L + 2P)
Usaha : 7 (4L + 3P)
Tekun : 5 (2L + 3P)
Gigih : 5 (3L + 2P)
Tawakkal : 5 (2L + 3P)
Redha : 6 (3L + 3P)
Pintar : 2 (1L + 1P)

Senarai Guru
Abdul Aziz Saleh : Penyelaras
Yostis Misri : Pen. Penyelaras
Nazura Abdan
Wan Samiyun B. Wan Yusoff
Hasri Ismail
Noor Aini Ghazali
Rohayawati Ishak
Suraya Othman
Khairun Nisak Nan

PPM (Pembantu Pengurusan Murid)
Rahimah Bt. Mohd Noor :  Ketua
Ervina Bt. Ahmad
Norazean Bt. Safar
Siti Rulizah Bt. Nor Hatim

AKTIVITI PPKI
PPKI seiring dengan kehendak KPM Bahagian Pendidikan Khas ingin memenuhi segala kegiatan yang dirancang selaras dengan sukatan yang disediakan seperti berikut:
1. Lawatan
2. Kemahiran
3. Sukan Permainan
4. Pertanian