Tuesday, November 8, 2011

Majlis Qurban Perdana

Majlis Qurban Perdana Eidul Adha
Sempena Sambutan Hari Raya Idul Adha 1432H, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK)  dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Desa telah mengadakan Majlis Qurban Perdana yang berlangsung di Laman Pendidikan Khas Integrsasi dan MPV.
     
Tarikh : 8 November 2011 / 12 Zulhijjah 1432H
Masa : 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Jumlah Lembu Qurban : 3 ekor


Sebahagian daging qurban dimasak oleh Chef jemputan yang tidak asing lagi Tn. Hj. Abdul Jalil bin Tuajin - sop tulang tulang gear box berempah tradisi.

Qurban 1


Qurban 2


Petua ... orang Lama cara-cara mengolah babat dari hitam menjadi putih oleh Pn. Hj. Missinon dan krew jemputan Pn. Siti Aqilah, Ustazah Umi Kalthom dan Pemantau Pn. Rosnah Mamat







Majlis Makan daging Qurban bermula sebaik saja sop gear box siap dimasak ... mintak maaf kepada guru-guru Admin tak dapat nak publish gambar guru-guru sedang menikmati makan tengah hari, kerana semasa mengambil gambar ... admin lupa nak pasang memory card ... al maklumlah dah otai.... Admin akan mencari sumber yang kedua  ... dari Cik Aida Maheran.

Akhir kalam Jawatan Kuasa  KKGK dan Panitia Pendidikan Islam merakamkan ucapan terima kasih kepada Peserta Qurban, Tenaga kerja semua yang terlibat dalam Majlis Qurban Perdana. Hanya Allah yang  akan mengganjari pengorbanan anda semua.