<< Selamat kembali bertugas >> << Selamat kembali ke sekolah >>

Saturday, June 5, 2010

Visi, Misi SEMENSA

Visi
SMK Seri Desa Cemerlang 2015

Misi Semensa
Menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar dengan bersungguh-sungguh sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Memberikan segala kemahiran yang perlu dalam aktiviti kokurikulum sebagai persediaan menghadapi kehidupan bermasyarakat
Menyemai semangat perpaduan dan memupuk nilai-nilai hidup beragama tanpa mengira bangsa dan keturunan
Piagam Pelanggan Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, budaya ilmu dan pembangunan insan secara bersepadu disamping sentiasa memberikan kerjasama kepada ibubapa, anggota masyarakat, agensi kerajaan dan swasta demi kemajuan dan kesejahteraan bersama
Falsafah Sekolah
Kesejahteraan dunia dan akhirat diperoleh melalui ilmu, iman dan amal, setiap pelajar boleh diajar, boleh belajar, boleh dikembangkan potensinya ke tahap optimum dan boleh mencapai kejayaaan. Berhasil atau tidak bergantung kepada usaha gigih daripada pelbagai pihak
Cogan kata sekolah : BERLIMU, BERAMAL dan BERDISIPLIN

No comments:

Post a Comment